Idea gila! Model, buaya rakam foto bersama

BAGAIMANA anda mahu bersaing dengan gambar-gambar percutian orang lain di laman Instagram?

Jawapannya mudah sahaja. Kalahkan mereka dengan bergambar bersama buaya di dalam air.

Seorang jurugambar, Ken Kiefer tidak ragu-ragu apabila menjadikan idea itu sebagai realiti dengan melakukan sesi fotografi bersama haiwan pemangsa itu di Chincorro Banks, Mexico.

"Saya teruja kerana akhirnya berjaya mencipta foto menakjubkan bersama haiwan pemangsa itu.

"Menerusi foto itu, kami dapat menyaksikan kecantikan haiwan unik itu," ujar Ken.

Menerusi koleksi foto dari sesi itu, model yang memakai baju kuning dan merah kelihatan tenang menggayakan aksi berhampiran seekor buaya.

Malah, mereka bertindak berani apabila memandang tepat ke mata buaya bagi mendapatkan hasil gambar terbaik.

"Sewaktu sesi penggambaran, beberapa penyelam turut berada di kawasan itu bagi memastikan keselamatan model.

"Di kawasan itu sendiri ada lebih 500 buaya liar, namun hanya beberapa ekor sahaja yang muncul sewaktu kami berada di sana," ujar Ken lagi.

Buaya, Mexico

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain