suria

Pengawal peribadi Presiden Perancis digantung tugas lepas video pukul orang awam tular

Benalla (bulatan merah) mengawasi Macron (kanan) dalam satu lawatan rasmi di Paris pada 1 Mac 2017. - AP

PENGAWAL peribadi Presiden Perancis Emmanuel Macron dilihat dalam sebuah video memakai topi keledar polis dan memukul seorang pelajar yang sedang memprotes.

Sebagai hukuman, pengawal peribadi tersebut digantung tugas selama dua minggu dan Macron turut terkena tempias kecaman daripada insiden itu.

Menjawab kepada kecaman rakyat negara itu, jurucakap presiden tersebut berkata pada Isnin, tempoh gantung tugas tanpa bayaran tersebut dan perubahan tanggungjawab untuk Alexandre Benalla adalah hukuman paling serius dilaksanakan oleh pejabat presiden.

Benalla (bulatan merah) digantung tugas kerana mengasari orang awam.

Selain itu, pegawai undang-undang berkata, siasatan awal telah dijalankan ke atas kes keganasan membabitkan penjawat awam dan beberapa perkara lain.

Pegawai tersebut tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kenyataan rasmi dan mahu identinya dirahsiakan.

Video yang dirakamkan pada 1 Mei itu menunjukkan Benalla mengheret seorang wanita dan kemudian memukul seorang lelaki di atas permukaan jalan. - ABC News

Alexandre Benalla

Artikel Lain