suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cungkil mata, kerat usus, ibu mangsa korban tiga beradik

Mangsa ditemui mati di rumahnya di kawasan pergunungan di Peru. Foto Mirror UK

TIGA beradik di Peru di Amerika Selatan membunuh ibu mereka selepas satu upacara pemujaan pada Ahad malam lalu, dakwa polis.

Pembunuhan itu dibuat selepas mereka mencungkil mata dan memotong usus warga emas itu.

Mayat Teodora Quispe Ccayllahua, 75, ditemui polis selepas salah seorang daripaa mendakwa telah 'diarahkan' untuk membunuh mangsa.

Ketiga-tiga beradik itu turut dituduh membuang mayat ibu mereka di kolam, dan mandi menggunakan darah mangsa.

Anak bongsu didakwa didakwa memberitahu penyiasat bahawa dia mengalami mimpi yang menyatakan ibu mereka "dipilih" sebagai korban, dan meyakinkan dua beradik lain untuk membunuh mangsa.

Mayat Ccayllahua ditemui di dalam rumahnya di kawasan pergunungan di Andabamba, utara Peru.

Bagaimanapun, sebahagian organnya dilaporkan hilang.

Ketiga-tiga anak mangsa, Aurelia Quispe, 38, Percy Quispe, 41 and Marcelina Suane, 46, kemudian ditahan polis dan didakwa membuat pendedahan berhubung pembunuhan itu.

Menurut polis, adik-beradik itu bersubahat untuk membunuh ibu mereka pada Ahad malam dalam satu upacara yang mengerikan, di mana seorang insan yang disayangi perlu dikorbankan. - Mirror UK

Artikel Lain