suria

Roti purba lebih 14,500 tahun ditemui

CEBISAN roti hangus yang dipercayai dimasak kira-kira 14,500 tahun lalu dalam pembakar berasaskan batu di lokasi di utara Jordan mengejutkan penyelidik.

Penemuan terkini ini juga membuktikan pembuatan roti mendahului aspek pertanian untuk meneruskan kehidupan di zaman itu.

Roti berkenaan dihasilkan menggunakan barli, oat, tepung ubi.

Ia hasil air tangan kaum Natufian yang hidup berpindah randah dan ianya ditemui di tapak arkeologi Gurun Hitam.

Penulis yang juga penyelidik Universiti Copenhagen, Amaia Arranz-Otaegui berkata, asal usul roti ada kaitan dengan masyarakat bercucuk tanam bijirin dan kekacang.

Bukti paling lama berkaitan roti yang diperoleh melibatkan tapak berusia 9,100 tahun di Turki.

"Kini kami perlu memastikan ada kaitan antara penghasilan roti dan asal usul pertanian.

"Besar kemungkinannya roti memberi insentif kepada penduduk untuk menjalankan kegiatan pertanian untuk menghasilkan makanan," katanya.

Sebagai permulaan, pengkaji telah menggunakan resipi asli untuk menghasilkan roti seperti mana yang ditemui itu.

"Rasanya lebih kasar, masin tetapi ada juga manisnya," kata Arranz-Otaegui.

Jordan, roti

Artikel Berikut

Beli hari ini, esok remuk!

Artikel Lain