suria

Budak 12 tahun diperkosa tujuh bulan, 18 ditahan

Gambar hiasan.

SEORANG budak perempuan berusia 12 tahun dengan masalah pendengaran diserang secara seksual selama tujuh bulan di sebuah pangsapuri di Chennai, India oleh sekumpulan lelaki.

Insiden itu terbongkar apabila kanak-kanak itu memaklumkan kepada ibu dan kakaknya mengenai mimpi ngeri yang dilaluinya sepanjang tempoh tersebut.

Ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis bahawa anaknya dirogol operator lif dan juga rakannya di sebuah pangsapuri.

Polis menahan 18 suspek dan sedang memburu beberapa individu lain yang terlibat dalam jenayah itu.

Menurut pengadu, beberapa pekerja lain di pangsapuri terbabit seperti pengawal keselamatan, tukang paip dan tukang kayu turut memperkosa mangsa.

Mangsa turut mendakwa sekumpulan lelaki itu bertindak memperkosanya selepas dia diberikan dadah.

Malah semua suspek turut mengancam mahu membunuh mangsa sekiranya dia mendedahkan insiden itu kepada sesiapa sahaja.

rogol, budak

Artikel Sebelum

Beli hari ini, esok remuk!

Artikel Lain