suria

Budak perempuan guna tin tuna untuk berjalan, dapat kaki palsu baharu

KEHIDUPAN kanak-kanak perempuan kudung kedua-dua kaki yang menggunakan tin tuna untuk berjalan pada waktu panas terik di Syria menemui sinar apabila dia diberikan sepasang kaki palsu baharu.

Maya Merhi, 8, tersenyum dan belajar untuk berjalan semula selepas menjalani rawatan yang mengubah nasib hidupnya.

Seorang doktor memberikan kaki palsu itu secara percuma selepas mengetahui tentang kisah budak perempuan itu.

Maya dilahirkan tanpa kaki disebabkan oleh faktor genetik yang turut dialami oleh bapanya, Mohammed Merhi.

Bapanya yang berusia 34 tahun menggunakan tin tuna dan tiub untuk menghasilkan kaki palsu bagi melindungi Maya di kem pelarian di Idlib.

Kini, Maya akhirnya dapat berjalan dengan bebas dan menghadiri sekolah di kem tersebut.

Maya berlatih berjalan menggunakan kaki baharunya. - AFP

Gambar menunjukkan Maya memakai kaki palsu diperbuat daripada tin tuna itu tular di seluruh dunia.

Persatuan Palang Merah Turki membawa anak beranak itu dari Idlib ke Istanbul untuk menjalani rawatan.

Pakar prostetik, Dr Mehmet Zeki Culcu yang melakukan rawatan itu berkata kepada Al Jazeera, Maya mungkin memerlukan sehingga tiga bulan untuk dia benar-benar membiasakan diri dengan kaki baharunya itu.

Tambah doktor itu, kaki palsu lama yang dihasilkan oleh Mohammed adalah latihan yang baik untuk Maya membiasakan diri berjalan daripada merangkak sepanjang masa.

Kata Mohammed yang memiliki lima anak lain yang tidak menghadapi masalah seperti Maya berkata, dia menggantikan tiub plastik tersebut sekali sebulan dan tin tuna itu pula sekali seminggu.

Laporan Mirror UK melaporkan, Mohammed juga akan diberikan kaki palsu baharu tidak lama lagi.

kaki palsu

Artikel Sebelum

Artikel Lain