suria

Berang dapat 'kerusi paling teruk' bagi penerbangan 7 jam

Matthew Madrigal mendakwa dia diberikan 'kerusi pesawat paling teruk di dunia'. Foto DublinLive/ WS

SEORANG penumpang yang menaiki penerbangan merentasi lautan Atlantik menyuarakan rasa tidak puas hati apabila diberikan "kerusi pesawat paling teruk di dunia".

Insiden berlaku semasa warga Amerika, Matthew Madrigal menaiki penerbangan Aer Lingus dari Chicago, Amerika Syarikat (AS) ke Dublin, Ireland.

Dublin Live melaporkan bahawa dia bagaimanapun dikejutkan dengan kerusi yang terpaksa didudukinya untuk penerbangan selama tujuh jam ke Ireland.

Dia mendakwa tidak diberikan pilihan lain, selain duduk di kerusi plastik tanpa kusyen.

Matthew terpaksa mengalaminya berikutan dia menaiki penerbangan pada hari sibuk, dan tiada kerusi yang kosong dalam pesawat ketika itu.

Menurut Matthew, seorang kru penerbangan memintanya supaya duduk di kerusi berkenaan sehingga terdapat jalan penyelesaian, namun tidak kembali semula.

"Penerbangan adalah dua hari menjelang Hari Saint Patrick's, jadi biasanya penerbangan itu memang sesak.

"Saya bertanya kepada kru penerbangan apa yang berlaku kepada kerusi saya semasa kami mahu berlepas.

"Dia minta saya duduk dahulu sehingga semua berlepas. Dia beritahu akan kembali kepada saya, tapi tak ada.

"Sebaik sahaja berlepas, saya dapat tahu tiada pilihan lain, melainkan duduk di kerusi itu (plastik).

Selepas berhubung dengan Aer Lingus mengenai insiden, syarikat penerbangan itu memohon maaf dan memberikan baucar bernilai $50 (RM201.99). - Mirror UK

Artikel Lain