suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lintah gemuk selepas 10 hari dalam hidung

BAYANGKAN ada sesuatu terperangkap dalam hidung anda, tentu sekali tidak selesa kan?

Bagi seorang lelaki berusia 51 tahun ini, dia terpaksa berdepan detik menyakitkan apabila lintah didapati 'mendiami' hidungnya selama 10 hari.

Ketika ke hospital, dia tidak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hidungnya, kecuali isterinya melihat sesuatu 'menjenguk' dari lubang hidungnya itu.

Susulan itu, Dr Liu Xiongguang dari Hospital Beihai People's di selatan China berusaha melakukan prosedur bagi mengeluarkan parasit itu.

Jururawat yang membantu doktor berkenaan untuk mengeluarkan lintah itu hampir pengsan melihatnya.

Masih tidak diketahui bagaimana lintah itu boleh masuk ke hidung lelaki itu.

Lelaki itu percaya ia berlaku ketika dia berenang di sungai.

Saiz lintah itu yang berlipat ganda ketika ditarik keluar dipercayai kerana ia telah berkali-kali menghisap darah lelaki itu. -Metro.uk.co

lintah, Dr Liu

Artikel Berikut

Artikel Lain