Teman wanita luah perasaan di Twitter selepas kematian Bourdain - Dunia | mStar

Teman wanita luah perasaan di Twitter selepas kematian Bourdain

Kredit gambar: Wenn.com

TEMAN wanita chef selebriti, Anthony Bourdain, Asia Argento meluahkan perasaan remuk selepas kehilangan personaliti antarabangsa itu buat selama-lamanya.

Argento yang juga seorang pelakon memuat naik status di Twitter untuk memuji buah hatinya yang meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Argento menyifatkan Bourdain sebagai "rock" dan "protector" (pelindung).

ARTIKEL BERKAITAN: Chef selebriti Anthony Bourdain meninggal dunia

Dia menulis: "Anthony memberikan segala-galanya dalam apa jua yang dilakukannya. Dia bijak, tidak gentar dan memberi inspirasi kepada ramai orang serta sifat murah hati yang tiada sempadan.

"Dia ialah cinta saya, "my rock", pelindung saya. Saya sangat patah hati.

"Ingatan saya sentiasa bersama keluarganya. Saya meminta anda semua menghormati privasi mereka dan saya," catat Argento.

Argento bertemu dengan Bourdain pada 2016 ketika menjalani penggambaran sebuah program televisyen sebaik berpisah dengan isteri keduanya, seorang atlet MMA, Ottavia Busia.

Chef tersebut sedang bekerja di Strasbourg, Perancis dalam episod "Parts Unknown" yang pernah menerima anugerah program televisyen.

Sebelum ini, media melaporkan pada Jumaat, Anthony Bourdain meninggal dunia pada usia 61 tahun kerana membunuh diri.

CNN mengesahkan kematian Bourdain pada Jumaat. - Mirror UK

Anthony Bourdain

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain