suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita dipenjara 18 tahun lepas culik bayi, bela macam anak sendiri

Kamiyah bergambar dengan wanita yang dianggap sebagai ibu kandungnya.

SEORANG wanita yang mengaku bersalah kerana menculik seorang bayi perempuan dari sebuah hospital hanya beberapa jam selepas dilahirkan, dihukum penjara 18 tahun.

Gloria Williams menyamar sebagai seorang jururawat dan menculik Kamiyah Mobley dari Hospital Jacksonville di Florida, Amerika Syarikat pada July 1998.

Dia kemudiannya menukar nama bayi perempuan itu kepada Alexis Manigo dan berpindah ke South Carolina untuk membesarkan bayi tersebut.

Mirror Online melaporkan bahawa Kamiyah telah memaafkan wanita yang membesarkannya dan merayu kepada mahkamah untuk mengurangkan hukuman.

Perbicaraan di mahkamah menunjukkan bukti daripada ibu kandungnya yang menyifatkan perkara yang berlaku telah menyiksa dirinya secara emosi.

Ibu kandung Kamiyah, Shanara Mobley.

Shanara Mobley memberitahu mahkamah bahawa setiap hari dia memikirkan untuk membunuh diri, dan merasakan suatu kehilangan yang amat mendalam selepas melihat anak kandungnya menggelar wanita yang menculik itu sebagai ibu.

"Saya sentiasa memikirkan tentang anak saya setiap hari. Saya menangis ketika memandu, di katil, sewaktu mandi dan ketika melakukan sesuatu dengan anak-anak yang lain.

"Luka ini tidak sembuh sekarang, saya masih sakit," kata Mobley yang meminta agar Williams dikenakan hukuman mati.

Dalam satu kenyataan, peguam Mobley, Justin Bamberg berkata: "Kamiyah kini tengah menghadam kenyataan bahawa wanita yang dipanggilnya sebagai ibu akan dipenjarakan selama 18 tahun.

"Tapi, dia memahami bahawa Williams perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku."

Artikel Sebelum

Artikel Lain