suria

Peluang memandu bagai mimpi jadi kenyataan - Wanita Arab

Seorang eksekutif syarikat swasta, Esraa Albuti adalah antara 10 penerima lesen memandu pada Isnin.

RIYADH: Arab Saudi mula mengeluarkan lesen memandu kepada golongan wanita sebelum tempoh larangan itu ditarik balik pada 24 Jun ini.

Ada dalam kalangan mereka yang menukar lesen memandu luar negara supaya sah digunakan di beberapa bandar di negara ini.

"Sepuluh wanita pertama mencatat sejarah pada Isnin apabila mereka menerima lesen memandu masing-masing.

"Dijangka pada minggu depan, tambahan 2,000 wanita akan turut menerima lesen mereka," kata pihak Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC).

Sementera itu, menurut Rema Jawdat, pemansuhan larangan itu bagaikan mimpi jadi kenyataan.

"Peluang ini bagaikan kebebasan yang diberikan kerajaan," katanya yang juga pegawai di kementerian ekonomi dan perancangan yang sebelum ini pernah memandu di Lubnan dan Switzerland.

Bagaimanapun ada pihak Agensi Berita Saudi memaklumkan, ada kemungkinan pemohon lesen memandu wanita perlu menjalani ujian praktikal.

"Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung peraturan itu," katanya. 


Arab, Rema

Artikel Berikut

Artikel Lain