suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang empat gigi ditumbuk pemandu Grab

SINGAPURA: HENRY He menempah perkhidmatan kereta Grab dari rumahnya di Yishun ke Choa Chu Kang bersama isteri dua dua anak.

Namun pemandu Grab yang membawa kereta Audi enggan membenarkan He sekeluarga naik kerana terdapat seorang kanak-kanak berusia lima tahun.

Mengikut undang-undang, kanak-kanak di bawah 1.35 meter memerlukan kerusi duduk sendiri.

Bagaimanapun perkhidmatan teksi dikecualikan daripada peraturan itu.

Bercakap kepada ST menerusi panggilan telefon, He memberitahu pemandu tiba dengan memandu sebuah Audi berwarna hitam dan memberitahu sudah ada tempahan lain.

Dia bersetuju dan pemandu Grab itu meninggalkan kawasan parkir kereta.

He kemudian menempah perkhidmatan lain menggunakan aplikasi Ryde.

Ketika menunggu kereta Ryde tiba, pemandu Grab muncul kembali dan bertanyakan soalan kepada dia tidak membatalkan permintaannya sebelum ini.

He memberitahu bahawa sepatutnya pemandu yang perlu berbuat demikian kerana membatalkan perkhidmatan tersebut.

Bagaimana pun, pemandu Grab itu tiba-tiba 'naik angin' dan menumbuk mukanya.

Dia terpaksa menjalani implan dan pembedahan untuk membaiki struktur gigi dengan kos sehingga $30,000 (RM88,965).

"Saya tak boleh bercakap atau makan dengan baik, dan tidak selesa kerana sakit.

"Ia juga memberi kesan komunikasi dengan orang lain, terutamanya di tempat kerja.

"Dua anak saya juga masih trauma dengan kejadian ini," ujarnya yang bekerja dalam sektor perkhidmatan.

Selain itu, jurucakap Grab memberitahu keselamatan pemandu dan penumpang adalah keutamaan dan tidak akan bertoleransi dengan sikap demikian.

"Siasatan polis masih dijalankan dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya."

Henry He, pemandu Grab

Artikel Sebelum

Artikel Lain