suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak lembu dua kepala, lima kaki

REMBANG: Seekor anak lembu di sini dilahirkan dalam keadaan berbeza apabila ia mempunyai dua kepala dan berkaki lima.

Bagaimanapun, kedudukan kepala tambahan haiwan itu bukan di sebelah kepala asal, malahan ia berada di bawah perutnya.

Kepala kedua itu lengkap dengan sepasang telinga serta bentuk seperti tengkorak.

Manakala kaki kelimanya juga berada di bahagian bawah perut.

Pemiliknya, Suparman di Desa Sridadi, Kecamatan kota Rembang memberitahu, anak lembu betina itu lahir secara normal, pada Isnin.

"Walaupun keadaannya seperti itu, ia masih boleh bergerak seperti biasa. Tetapi, ia perlu bantuan saya ketika menyusu," ujarnya.

Jelasnya, ibu lembu tersebut sudah tujuh kali melahirkan kembar.

"Ia mungkin mahu menjadi kembar, namun tidak terbentuk dengan sempurna. Saya tidak berniat untuk menjualnya seperti anak lembu yang lain kerana saya mahu merawatnya," katanya lagi. - Detiknews

Rembang, Suparman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain