suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanada destinasi bulan madu Harry, Meghan

PUTERA Harry dan Meghan Markle dilaporkan telah menempah sebuah pusat peranginan mewah di taman negara Kanada untuk berbulan madu.

Duke dan Duchess of Sussex akan ke Fairmont Jasper Park Lodge di pergunungan Kanada untuk menghabiskan masa bersama, demikian menurut sumber kepada TMZ.

Pasangan pengantin diraja itu dikatakan akan menginap di kabin seluas hampir 600 meter persegi yang juga salah satu tapak Warisan Dunia Unesco.

Setakat ini tarikh sebenar kunjungan mereka ke Kanada belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, pihak keselamatan kedua-dua negara - Britain dan Kanada turut terlibat bagi memastikan urusan mereka berjalan lancar.

Ratu Elizabeth dan Putera Philip pernah melawat destinasi sama pada Jun 2005.

Pusat peranginan seluas 283 hektar itu terletak di kawasan perhutanan dan spa semulajadi yang indah.

Harry, Meghan, Kanada

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain