suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juara snuker dunia kotakan janji berbogel jika menang

Mark Williams menanggalkan tuala yang dipakainya semasa sesi temuramah pada sidang media. Foto REX/Shutterstock

MARK Williams mengotakan kata-katanya kepada dunia dan meraikan kemenangannya merangkul gelaran Kejuaraan Snuker Dunia dengan menanggalkan pakaian pada sidang media.

Pemain profesional snuker itu sebelum ini bergurau semasa menewaskan pencabar Robert Milkin pada pusingan kedua.

"Saya akan masuk berbogel dan membuat sidang media," katanya.

Sebelum meneruskan hasratnya kepada BBC semasa mengangkat trofi kemenangan, beliau memberitahu akan melakukannya sekiranya tidak dikenakan tindakan disiplin atau denda.

Dan Williams tidak menghampakan para penyokongnya apabila beliau tiba dengan hanya bertuala pada sidang media.

Semasa memulakan sesi temuramahnya, beliau kemudian bergurau dengan berkata: "Sejuk di sini (sidang media) kan!" - Mirror UK

snuker, Mark Williams

Artikel Lain