suria

Kepala ‘bagel’ jadi trend di Jepun

Gambar oleh Keroppy.

DARIPADA tindikan dan tatu biasa kepada manusia separa robot seperti yang dipaparkan dalam filem, manusia gemar berimaginasi untuk mengubah keadaan asal badan mereka dengan pelbagai cara.

Ia bukan lagi ritual keagamaan yang diamalkan oleh dukun primitif sejak ribuan tahun lalu.

Daily Star Online bercakap kepada Ryoichi Keroppy Maeda, lelaki yang memiliki kepala berbentuk 'bagel' tentang tren modifikasi badan berkembang pada hari ini.

Katanya: "Tahun 1990-an adalah kelahiran zaman komputer.

"Ia memberikan dunia tentang kebolehan kita berfikir mengenai badan kita.

"Kita menerokai idea baharu dan juga kembali ke zaman purba.

"Inilah yang menyebabkan saya jadi begini. Saya terpengaruh dengan apa yang dibaca di Internet dan mula mengembara untuk berjumpa dengan orang di kawasan terpencil."

Sejenis cecair akan disuntik ke bahagian dahi pelanggan untuk membentuk 'kepala bagel'. - Keroppy

Keroppy mengetahui tentang 'kepala bagel' daripada seorang rakan yang ditemui pada sebuah konvensyen dan membuat keputusan untuk memberitahu kepada dunia.

Prosesnya dilakukan dengan menyuntik cecair salina ke bahagian dahi manusia selama sejam.

Kulit akan membengkak seperti belon air dan boleh dibentuk menjadi bagel hanya dengan menggunakan ibu jari.

Keroppy kemudiannya menganjurkan parti di Tokyo dan berjaya mewujudkan trend baharu sehingga menarik ramai golongan muda untuk cuba melakukan perkara sama.

Menurut seorang penggemar modifikasi badan Jepun, proses tersebut tidak bahaya dan dia tidak pernah melihat kulit menjadi rebeh selepas menjalani prosedur itu, segalanya kembali normal pada keesokan hari.

kepala bagel

Artikel Lain