suria

Kantoi! Pengurus restoran panggil bakal pengantin 'lembu'

Gambar hiasan

SEBUAH restoran terpaksa membuat permohonan maaf kepada pengantin wanita yang menerima emel menggambarkan dirinya sebagai 'lembu'.

Apabila Jade Sharp dan pasangannya mula-mula melawat The Mulberry Tree di Kent, dia berminat untuk mengadakan majlis perkahwinannya mereka di situ.

Walau bagaimanapun, hasratnya terpaksa dibatalkan apabila Sharp mengatur pertemuan untuk membuat tinjauan di restoran sekali lagi.

Walaupun sebelum ini mereka telah menghantar emel kepada pengurus restoran untuk mengatur masa dan tarikh pertemuan, pekerja di The Mulberry Tree langsung tidak tahu mengenai temujanji tersebut apabila pasangan itu tiba.

Pasangan itu kemudiannya dibawa melawat restoran oleh seorang pengurus yang gagal menjawab beberapa soalan mereka berhubung lokasi itu.

"Lawatan itu dilakukan dengan berat hati tanpa menunjukkan keramahan atau senyuman," kata Sharp dalam ulasan satu bintang yang diberikannya di TripAdvisor.

"Jadi apabila pulang ke rumah saya menghantar emel untuk menyatakan kekecewaan terhadap wanita (pengurus yang bertanggungjawab) itu yang tidak dapat dibawa berbincang kerana banyak yang dia tidak tahu."

Bagaimanapun, Sharp menerima balasan yang tidak disangka.

Dalam satu emel yang jelas bukan mahu dihantar kepadanya, pengurus yang menemani Sharp dan tunangnya dalam lawatan sebelum ini telah menggambarkan pengantin perempuan sebagai 'lembu' kepada ibunya, menyatakan bahawa keseluruhan pertemuan sebagai menyusahkan.

Sharp terkejut apabila menerima emel tersebut dan berkongsi paparan skrin emal itu di Facebook.

"Saya tidak dapat menyatakan betapa sakit dan kecewanya saya membaca emel ini.

"Cara dia bercakap tentang kami sangat kasar dan tidak profesional.

"Untuk satu lokasi perkahwinan yang berpotensi, perkhidmatan pelanggan yang kami terima sangat teruk," tulis Sharp dalam ulasannnya.

Pemilik restoran berkenaan, Karen Williams telah memberi maklum balas kepada ulasan dalam talian Sharp, menawarkan permohonan maaf.

"Saya benar-benar rasa terhina, terkejut dan malu apabila melihat emel tersebut," katanya.

"Ia tidak profesional dan tidak boleh dipertahankan."

Bagaimanapun, Williams terus mempertahankan tindakannya yang tidak cuba untuk menebus kesalahannya terhadap pasangan itu.

"Anda nekad tidak mahu berkahwin di The Mulberry Tree yang sangat difahami, jadi selepas emel yang anda hantar saya tak mahu mengganggu anda dengan cuba membuat perubahan selepas kesilapan yang berlaku di pihak kami, terutamanya apabila ia melibatkan hari perkahwinan anda." -TheIndependent

pengantin lembu

Artikel Lain