suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Batal 'show' sebab Putera Harry-Meghan, tapi Elton John belum dapat kad kahwin

Putera Harry dan Meghan Markle bakal berkahwin pada 19 Mei ini. (Gambar kecil) Sir Elton John.

BINTANG dunia terkenal, Sir Elton John memberitahu beliau masih belum menerima undangan ke majlis perkahwinan diraja bagi pasangan Putera Harry dan Meghan Parkle.

Penyanyi berusia 71 tahun itu membatalkan beberapa pertunjukan di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan beliau menghadiri majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada 19 Mei depan.

Beliau bagaimanapun sedang menunggu jemputan rasmi.

Ditanya sama ada akan membuat persembahan pada hari berkenaan, Sir Elton berkata: "Jika mereka minta saya berbuat demikian... tapi saya belum lagi diminta untuk datang ke majlis perkahwinan itu.

"Saya mahu menghadiri perkahwinan itu untuk melihat mereka kerana saya rasa mereka gembira. Saya tahu mereka sangat gembira.

Bercakap di AS, Sir Elton yang merupakan teman rapat kepada ibu Putera Harry, mendiang Puteri Diana, berkata dia memberi restu kepada Meghan.

"Saya bangga dengan mereka," katanya. - Mirror UK

Artikel Sebelum

Artikel Lain