suria

50 hartawan Rusia rugi bilion ringgit lepas AS lancar sekatan

Foto dari Wang Ying / Zuma / TASS.

JABATAN Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan gelombang sekatan anti-Rusia baharu pada Jumaat yang menyasarkan 24 individu dan 14 entiti yang dikaitkan dengan Kremlin.

Ia adalah sebagai tindak balas kepada tindakan 'jahat' Rusia termasuk cubaan melakukan pilihan raya yang dicetuskan pada pilihan raya presiden 2016.

Seramai 50 jutawan Rusia dilaporkan kehilangan hampir AS$12 bilion (RM46.4 bilion) selepas sekatan itu dibuat.

Sekatan itu mensasarkan usahawan Rusia, syarikat dan pegawai kerajaan sebagai serangan kepada sekutu Presiden Vladimir Putin.

Ia dikatakan satu gerakan Washington yang paling agresif untuk menghukum Moscow atas dakwaan campur tangannya pada pilihan raya AS 2016 dan bagi melakukan 'aktiviti jahat' lain.

Mengikut kedudukan masa sebenar (real-time) majalah Forbes, hartawan logam Vladimir Potanin adalah yang paling teruk mengalami kerugian iaitu sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.8 bilion).

Diikuti pula oleh taikun besi Oleg Deripaska yang memiliki saham dalam lapan daripada 15 entiti kehilangan sebanyak AS$1.3 bilion (RM5.03 bilion) daripada nilai kekayaannya yang dianggar berjumlah AS$6.7 bilion (RM25.9 bilion).

Deripaska mengungguli senarai usahawan Rusia yang menanggung kerugian besar dalam bentuk peratusan selepas sekatan itu dibuat, ia dianggarkan melibatkan hampir suku daripada kekayaannya. - The Moscow Times

sekatan Rusia

Artikel Lain