suria

Belum putus dengan kekasih, Brooklyn Beckham dirakam cium gadis lain

-fotoBackgrid

BROOKLYN Beckham dirakam bercium dengan seorang model Playboy kurang dari sebulan selepas dia kali terakhir dilihat bersama teman wanitanya Chloe, 21, membawa spekulasi bahawa mereka telah berpisah secara senyap-senyap.

Pada 7 April, Brooklyn, 19, singgah di sebuah kedai tatu popular di West Hollywood, di mana pengukir tatu terkenal Dr. Woo mengukir tatu gaya gadis Vargas di lengannya.

Di sebelahnya adalah seorang gadis cantik berambut coklat yang dikenal pasti DailyMail.com sebagai model Kanada Lexi Wood.

Gambar-gambar mendedahkan bahawa anak kepada pasangan David Beckham dan Victoria itu duduk bersebelahan dengan Lexi, ketawa mesra dengannya dan pada satu ketika mencium bibirnya sebelum meninggalkan lokasi itu dengan seorang lagi teman.

Menurut DailyMail.com, Lexi, 20, berasal dari Kanada dan telah menjadi model untuk Vogue Japan, Galore, Cosmopolitan Rusia dan juga telah muncul di majalah Playboy.

Dia kerap menyiarkan gambar seksi di laman Instagramnya.

Tidak jelas bagaimana mereka mengenali satu sama lain tetapi terdapat laporan menyatakan Lexi adalah seorang yang 'fanatik kecergasan dan sering bersenam di The 100 Pilates, New York dan di SoulCycle kegemaran keluarga Beckham'.

Brooklyn dan Chloe ketika menghadiri satu majlis pada November 2017. -fotoShutterstock

Brooklyn dan Chloe yang mana majalah People sebelum ini melaporkan mereka bertemu di SoulCycle, Los Angeles ketika masing-masing berusia 15 dan 17 tahun kali terakhir dilihat bersama pada 11 Mac dan DailyMail.com menyatakan mereka masih berkawan di media sosial.

Mereka kembali bersama pada musim panas tahun 2017 selepas pertemuan pada 2014 dan pada 2016.

"Kami gembira, kami saling mencintai dan kami saling menyokong," kata aktres itu kepada InStyle pada November 2017.

Terbaru mereka dilihat keluar sebagai pasangan adalah pada awal bulan Mac ketika merayakan ulang tahun Brooklyn.

Chloe kemudiannya memuat naik gambar ke Instagram pada 4 Mac dengan kapsyen "Jangan Berhenti Tersenyum, Saya Cinta Kamu, Selamat Hari Lahir Brooklyn."

Itulah kali terakhir dia berkongsi gambar Brooklyn di media sosial.

Brooklyn Beckham, Chloe, kekasih

Artikel Berikut

Artikel Lain