suria

Luar Biasa! Pemimpin Korea Utara Mohon Maaf Kepada Korea Selatan

Kim Jong-un dan isterinya, Ri Sol-Ju (kiri) serta Menteri Sukan, Kebudayaan dan Pelancongan Korea Utara Do Jong-whan bercakap dengan pemuzik Korea Selatan selepas menyaksikan konsert mereka di East Pyongyang Grand Theatre, Pyongyang, Ahad. -foto edaran kerajaan Korea Utara

WARTAWAN Korea Selatan yang melawat ibu negara Korea Utara untuk membuat liputan persembahan K-pop di sana mendapat kejutan yang 'tidak pernah dibuat' pada Isnin.

Mereka menerima satu permohonan maaf luar biasa daripada seorang pegawai tertinggi Korea Utara.

Pegawai berkenaan yang merupakan naib pengerusi Parti Pekerja yang memerintah Korea Utara, Kim Yong-chol telah melawat hotel penginapan wartawan dan meminta maaf kerana mereka tidak dibenarkan masuk ke sebuah teater di Pyongyang, di mana pemimpin negara itu, Kim Jong-un menyaksikan kumpulan K-Pop Korea Selatan mengadakan persembahan pada petang Ahad.

"Kami menjemput anda dan kami bertanggungjawab untuk menjamin liputan secara bebas," Yong-chol dipetik sebagai berkata dalam utusan pemberita yang dibuat dari Pyongyang.

"Bagi pihak pihak berkuasa Korea Utara, saya memohon maaf dan berharap anda faham tentang kesilapan yang dibuat."

Korea Utara sangat jarang membuat permintaan maaf secara terbuka seperti itu kepada Korea Selatan, atau meminta maaf atas sebarang perkara.

Kim Yong-chol. -fotoAP

Tindakan luar biasa daripada seorang pegawai kanan itu telah mencerminkan usaha Korea Utara dalam menangani ketegangan politik semenanjung Korea yang mana Jong-un memulakannya pada Februari dengan menghantar delegasi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan.

Namun, permohonan maaf itu dianggap lebih menarik bukan sahaja kerana negara itu tidak mempunyai kebebasan akhbar tetapi juga kerana ia datangnya daripada Yong-chol, seorang ketua tentera yang dianggap tegas.

Dia sangat percaya bahawa Korea Selatan merancang untuk kapal Tentera Laut Korea Selatan tenggelam pada tahun 2010, ketika dia memegang jawatan sebagai pengarah agensi perisik utama Korea Utara.

Korea Selatan berkata serangan torpedo Korea Utara telah menyebabkan kapal itu tenggelam, membunuh 46 pelaut, tetapi Korea Utara menafikannya.

-foto Korean Central News Agency

Pada petang Ahad, beberapa wartawan Korea Selatan telah dihalang daripada memasuki dewan konsert oleh pengawal.

Kerajaan Korea Selatan kemudian melakukan protes. Pada Isnin, Yong-chol menjelaskan bahawa tindakan itu telah ditolak oleh pengawal peribadi Jong-un.

Naib pengerusi itu meminta maaf atas kelemahan koordinasi antara cawangan-cawangan berbeza dari kerajaan Pyongyang.

Di Korea Utara, semua saluran radio dan TV dikawal oleh kerajaan serta dimuatkan dengan propaganda.

Rejim itu telah menolak sekeras-kerasnya muzik K-pop untuk memasuki negaranya.

Tetapi pada Ahad, hari yang sama Amerika Syarikat dan Korea Selatan memulakan latihan ketenteraan tahunan bersama, yang biasanya menarik retorik perang dan ujian peluru berpandu dari Koea Utara, penyanyi K-pop Korea Selatan dibenarkan membuat persembahan di Pyongyang. -TheNewYorkTimes

Kim Jong-un, Kim Yong-chol

Artikel Sebelum

Semua Bagasi Dilapnya!

Artikel Lain