suria

Polis Kesan Sejumlah Individu Terlampau Obses Putera Harry-Meghan

Putera Harry (kiri) dan Meghan Markle.

POLIS Britain mengenal pasti seramai 160 individu yang mempunyai obses yang keterlaluan terhadap Putera Harry dan Meghan Markle, menjelang hari perkahwinan pasangan itu.

Jumlah itu dikesan oleh pasukan unit khas sejak pasangan itu mendedahkan hubungan mereka kepada umum pada November 2016.

Daripada 160 individu, 106 orang adalah lelaki dan 54 wanita, termasuk tujuh orang dikategorikan sebagai 'berisiko tinggi'.

Bilangan yang diperoleh Mirror itu memaklumkan bahawa enam ditahan di bawah undang-undang kesihatan mental.

Pusat penilaian ancaman berkaitan obses turut membuat semakan secara dalam talian mengenai kemungkinan bahaya terhadap Harry dan Meghan.

Bekas Ketua Komando Perlindungan Diraja, Dai Davies berkata: "Skuad perlindungan akan dipertingkatkan berikutan publisiti dan minat terhadap Meghan dan perkahwinan pasangan itu."

Dalam pada itu, Polis Lembah Thames, United Kingdom (UK) mendedahkan butiran operasi keselamatan pada minggu lalu, termasuk cuti 4,200 anggota akan dibatalkan.

Sekatan keselamatan turut dipasang dekat Istana Windsor. - Mirror UK

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Lain