suria

Ingatkan Topi Bulu, Rupa-Rupanya...

Valentina Petrenko. Foto Council of the Federation of the Federal Assembly of the Russian Federation/Wikipedia

JIKA dilihat dari jauh, ia mungkin disangka topi bulu dari Eropah Timur.

Namun ia sebenarnya adalah gaya rambut seorang Senator Rusia yang menarik perhatian ramai.

Valentina Petrenko, 62, merupakan wakil rakyat Republik Khakassia.

Menurut Newsweek, Valentina kelihatan seperti watak antagonis dalam filem James Bond.

"Ada sesuatu yang tidak dapat disangkal mengenai beliau bagi watak antagonis Bond."

"Daripada memegang seekor kucing berbulu di ribanya, beliau memakai yang berbulu coklat di atas kepalanya."

Gaya rambut Valentina yang unik itu turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Bagaimapaun Valentina membidas gurauan yang timbul disebabkan rambutnya.

"Saya sangat penat menjawab soalan-soalan ini," katanya kepada stesen radio yang berpangkalan di Moscow, Rusia, Echo of Moscow.

"Saya hanya mempunyai rambut kerinting, saya angkatnya ke atas dan mengepitkannya dengan beberapa pin rambut, itu saja," ujar Valentina. - Mirror UK

Valentina Petrenko

Artikel Lain