suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 2,600 Tetamu Bertuah Ke Majlis Perkahwinan Harry-Meghan

PELAJAR sekolah, anggota tentera yang cedera dan pemimpin belia antara orang awam yang akan diberi penghormatan menjadi tetamu pada majlis perkahwinan diraja, Mei ini.

Lebih 2,600 penduduk bertuah itu akan memenuhi barisan depan bagi menyaksikan upacara perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle di Istana Windsor.

Upacara itu akan bermula di Gereja St George di pekarangan istana berkenaan dengan disaksikan 800 tetamu kehormat dan kerabat diraja Putera Harry, 33 serta keluarga aktres Meghan, 36.

Pasangan itu juga telah mengesahkan mereka akan menaiki kereta kuda dari Lebuh Windsor High bagi memberi peluang kepada orang awam  mengikut majlis gilang gemilang itu.

Bagaimanapun, Istana Kensington berkata, pasangan itu telah menjemput 2,640 tetamu yang akan hadir pada majlis berkenaan.

Antara yang tersenarai adalah 100 pelajar dua sekolah tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan Istana Windsor iaitu Royal School, Great Park, Windsor dan Sekolah St George Istana Windsor.

Selain itu, 200 lagi melibatkan anggota pertubuhan kebajikan yang berkait rapat dengan kedua-dua pengantin, termasuk Yayasan Kejohanan Invictus di mana Putera Harry adalah penaung.

Pertubuhan kebajikan lain adalah WellChild yang menyokong kanak-kanak yang menghidapi penyakit kronik serta keluarga mereka.

"Putera Harry dan Meghan Markle memaklumkan mereka mahukan hari perkahwinan mereka dirancangan bagi membolehkan masyarakat turut sama menyambutnya," kata istana berkenaan.

Selain itu, kira-kira 1,200 tetamu lagi akan dipilih dalam kalangan pemimpin masyarakat, selain 610 komuniti Istana Windsor dan Gereja St George.

Semua kad jemputan untuk majlis pada 19 Mei itu akan mula diedarkan dalam masa terdekat.




Harry, Meghan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain