suria

Cikgu Wira Internet Akhirnya Dapat Perhatian Microsoft!

-foto FB Owura Kwadwo Hottish

SEORANG guru yang mengajar teknologi komputer tanpa menggunakan komputer telah menjadi bualan dalam talian.

Lelaki ini, yang mengajar di Ghana, hanya menggunakan papan hitam untuk membuat gambarajah khusus mengenai program Microsoft Word.

Selepas gambarnya dikongsi oleh ribuan orang dalam talian, Microsoft berjanji akan menghantar beberapa peralatan komputer baharu untuknya!

Guru ini mengingatkan kita tentang sebuah sekolah, di Kano, sekitar 2005 yang mana pelajar diperkenalkan dengan papan kekunci komputer melalui fotokopi papan kekunci yang sebenarnya.

-foto FB Owura Kwadwo Hottish

Quartz Africa mengenal pasti guru tersebut sebagai Richard Appiah Akoto.

Pemuda berusia 33 tahun itu adalah guru teknologi maklumat dan komunikasi di Betenase M/A Junior High School di bandar Sekyedomase yang terletak kira-kira dua setengah jam di utara bandar Ghana, Kumasi.

Dia telah menjadi guru di sekolah itu selama enam tahun.

Dalam satu posting Facebook, Akoto menulis: "Mengajar ICT di sekolah Ghana sangat lucu. ICT di papan hitam. Saya sayangkan pelajar saya jadi perlu buat mereka faham apa yang saya ajar."

-foto FB Owura Kwadwo Hottish

Menurut Quartz sekolah Akoto tidak mempunyai sebarang komputer sejak tahun 2011 walaupun menjadi satu keperluan bagi pelajar untuk lulus peperiksaan teknologi dan komunikasi sebagai sebahagian daripada kemajuan mereka ke sekolah menengah.

Ramai yang menyatakan kekaguman kerana dedikasinya ketika posting yang dibuat pada pertengahan Februari ini tular di media sosial.

Akoto berkata: "Ini bukan kali pertama saya melukisnya. Saya telah melakukannya bila-bila masa di kelas.

"Saya suka muat naik gambar di Facebook supaya saya dapat berkongsi perasaan tentangnya. Saya tidak tahu ia akan mendapat perhatian seperti ini".

Dan pada Ahad, usahawan Rebecca Enonchong menghantar tweet ke Microsoft Afrika, memaparkan kisah guru itu yang mengajar tentang penggunaan produk mereka tanpa mempunyai akses kepada produk tersebut.

"Sudah tentu anda boleh mendapatkannya beberapa sumber yang sesuai?," tulisnya.

Dua hari kemudian, Microsoft berjanji untuk menghantar sebuah komputer kepada Akoto dan berkata mereka akan memberikan akses kepada bahan pendidikannya.

Akoto, bagaimanapun menambah bahawa sekolahnya memerlukan sekitar 50 komputer.

Walaupun dia mempunyai komputer riba peribadi, dia tidak menggunakannya kerana ciri-cirinya berbeza dari apa yang ada dalam sukatan pelajaran rasmi yang memerlukan dia mengajar bahagian lain unit sistem dan monitor, langkah-langkah menyambungkannya.


komputer, Ghana, Microsoft

Artikel Lain