suria

Wanita Derita Sakit Perut Melampau Akibat 99 Batu Dalam Hempedu

MISTERI sakit perut melampau yang dialami seorang wanita berusia 45 tahun terbongkar apabila doktor mengeluarkan 99 batu yang berkumpul dalam hempedunya.

Pembedahan dilakukan sepasukan doktor di sebuah hospital kerajaan di Tumakuru.

Sebelum melakukan pembedahan, ujian imbasan telah mengesan sejumlah batu selain ada kesan membengkak pada dinding abdomen.

Pakar bedah kanan hospital berkenaan, Dr Wasim Imran berkata, wanita itu mengalami komplikasi yang boleh membawa kepada pelbagai risiko.

"Wanita itu mengalami hernia, batu dalam hempedu, diabetis, tekanan darah tinggi, obesiti dan masalah jantung.

"Dia cuba mendapatkan bantuan pelbagai pihak tetapi kemiskinan menyebabkan tiada pihak yang mahu menghulurkan bantuan," katanya.

Suaminya yang menerima gaji harian mengikut hasil kerja yang dilakukannya menyebabkan keluarga itu mengalami masalah kewangan sekali gus menyukarkan wanita itu untuk mendapat rawatan di hospital di Bengaluru.

Pembedahan selama dua setengah jam berjalan lancar , termasuk mengatasi masalah penyakit pasang surut yang dialaminya.

Menurutnya, tiga bantu yang dikeluarkan berukuran 12 milimeter (mm), manakala baki 96 lagi antara empat dan lima mm.-IndiaToday

hempedu, Tumakuru

Artikel Lain