suria

Pelajar Tembak Ibu Bapa Berjaya Ditahan

Polis menyelamatkan pelajar dan kakitangan universiti sebaik sahaja menutup kampus.

BEBERAPA jam selepas menembak mati kedua ibu bapanya di kampus Universiti Michigan, suspek yang berusia 19 tahun telah ditahan pada Sabtu.

Suspek dikenal pasti sebagai James Eric Davis Jr, selepas polis menemui dua mayat di dewan universiti berkenaan.

Mangsa adalah James Davis Sr dan Diva Davis yang kedua-duanya berusia 47 tahun.

Lebih 100 anggota polis lengkap dengan senjata memburu suspek yang disyaki membunuh ibu bapanya di bilik asrama universiti berkenaan.

Tembakan berlaku di Dewan Campbell ketika ibu bapa pelajar itu tiba untuk menjemputnya pulang sempena cuti semester.

Polis mengedar gambar James Eric Davis Jr dan memberi amaran supaya tidak berdepan dengan suspek.

Selepas sejam kampus utama ditutup, pihak polis cuba menyelamatkan kakitangan dan pelajar universiti secara perlahan-lahan.


"Dia mempunyai senjata dan berbahaya," jelas Leftenan Larry Klaus.

Pihak universiti mengenal pasti mangsa yang terbunuh ialah ibu suspek, Diva Davis dan ayahnya, James Davis Sr yang merupakan anggota polis separuh masa di Chicago.

Tembakan berlaku lebih kurang pukul 8.30 pagi di dewan asrama, Central Michigan.

Menurut Klaus, klip video di asrama menunjukkan Davis melarikan selepas melepaskan tembakan. Dia memakai baju yang menutup kepala tetapi turut membawa beberapa helai pakaian ketika berlari.

"Hari yang penuh tragedi. Kesedihan akan berpanjangan buat masa ini," jelas Presiden Universiti, George Ross.

Artikel Lain