suria

Dadah Boleh Masuk Stadium Piala Dunia Rusia 2018

RUSIA sememangnya dikenali sebagai negara yang mengamalkan dasar tidak ortodoks dan terbuka dengan idea, termasuk syarat melibatkan pengambilan dadah menjelang Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.

The Moscow Times melaporkan, peminat bola sepak yang menyaksikan Piala Dunia Fifa 2018 dibenarkan membawa marijuana dan kokain.

Peraturan baharu itu sesuatu yang mengejutkan ramai kerana Rusia tidak dikenali sebagai negara liberal.

Sehubungan itu, semua pemilik bahan itu perlu melengkapkan kertas kerja khsusu untuk Piala Dunia di mana Rusia akan menjadi tuan rumah bermula 14 Jun hingga 15 Julai tahun ini.

Semua peminat bola sepak yang tentunya akan menyaksikan ada dalam kalangan penonton perlawanan yang bertindak keterlaluan disebabkan pengambilan bahan dadah itu.

Selain membenarkan pengambilan perangsang dalam bentuk serbuk, Rusia juga membolehkan orang ramai membawa masuk heroin ke dalam stadium dengan syarat mendapat kebenaran doktor dan nota perlu disertakan sebagai bukti.

Mengikut peraturan yang ditetapkan, sesiapa yang membawa dadah ke negara itu perlu disertakan dokumentasi bertulis dalam bahasa Rusia memaklumkan dadah berkenaan untuk penggunaan kesihatan.

Juga boleh disertakan dokumen untuk disahkan pihak kastam.

Jawatankuasa Penganjur Piala Dunia Rusia 2018 akan memastikan pihak penguatkuasa bertugas di stadium untuk memeriksa perskripsi sah.

Rusia kini bersedia menghoskan Piala Dunia di 11 bandar termasuk Moscow, St Petersburg dan Sochi.

Bagaimanapun, menghisap rokok masih tidak dibenarkan di mana-mana stadium.

Piala Dunia, Rusia, marijuana

Artikel Lain