Selepas Beberapa Jam Lakukan Pembedahan Otak, Doktor Sedar Silap Pesakit

NAIROBI: Seorang pakar bedah otak di sebuah hospital terkemuka di Kenya telah digantung tugas selepas menjalankan pembedahan ke atas pesakit yang salah.

Kejadian yang tersebar di media sosial menggemparkan ramai pihak terutama kerana melibatkan Hospital Nasional Kenyatta di mana kakitangannya didakwa melakukan serangan seksual terhadap pesakit dan mencuri bayi.

Menurut hospital berkenaan, pakar bedah bersama dua jururawat dan pakar bius juga digantung tugas sehingga siastan selesai.

Menteri Kesihatan, Sicily Kariuki juga menggantung tugas ketua pegawai eksekutif hospital berkenaan.

Siasatan yang dijalankan Daily Nation mendedahkan, dua lelaki telah dibawa ke hospital Ahad lalu.

Seorang perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otaknya, manakala seorang lagi memerlukan rawatan dan ubat untuk kepalanya yang membengkak.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas doktor terlibat melakukan pembedahan, tiada kesan darah beku ditemui pada pesakit kerana telah tersalah orang, demikian lapor akhbar berkenaan.

"Pihak hospital kesal dengan kejadian ini dan langkah terbaik sedang dilakukan untuk menjamin keselamatan dan kebajikan pesakit," demikian kenyataan yang dikeluarkan hospital itu.

Setakat ini, pesakit yang dibedah itu dalam proses pemulihan dan beransur pulih.

Hospital Nasional Kenyatta adalah yang tertua dan terbesar di Kenya dan menawarkan kursus untuk pelbagai jawatan dalam bidang perubatan.



Kenya, Kenyatta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain