suria

Lelaki Dakwa Pengembara Masa Kembali Dari Tahun 6491, Bawa Amaran Kepada Bumi

Paparan skrin video James Oliver yang disiarkan di ApexTV.

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya adalah pengembara masa dari tahun 6491 memberi amaran bahawa satu siri peristiwa dahsyat akan berlaku di planet ini.

Tetapi yang paling teruk bakal melanda Bumi adalah letusan Gunung Berapi Yellowstone, salah satu yang terbesar di Bumi.

-fotoLightRocket

Lelaki itu, yang menyebut namanya sebagai James Oliver, mendakwa berasal dari galaksi lain dan terperangkap dalam tahun 2018.

Oliver mendakwa dirinya 'pada dasarnya seorang ahli arkeologi' yang kembali ke masa tertentu untuk mempelajari tempoh dan budaya masa berlainan.

Katanya, dia berada di sini untuk memberi amaran kepada kita tentang sesuatu yang membahayakan.

"Saya akan sangat berhati-hati dengan gunung berapi Yellowstone.

"Seperti yang anda ketahui ia sudah tidak meletus dengan kuat sekitar 600,000 tahun dan letusan bagi saiznya akan menghancurkan seluruh Amerika Syarikat.

"Dan isu terbesar tentang letusan seperti ini ialah ia akan menghasilkan sejumlah besar abu ke atmosfera dan cara mekanisme pengangkutan anda berfungsi, jika anda memandu atau terbang melalui salah satu kawasan ribut abu, enjin anda akan rosak.

"Tidak akan ada perjalanan udara dalam letusan Yellowstone kedua."

-fotoLightRocket

Pengembara masa itu menjelaskan jika ia meletus, orang ramai perlu segera ke lapangan terbang untuk meninggalkan negara sebelum mereka terperangkap.

Katanya, saintis menganggarkan untuk menghilangkan abu itu, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun."

Ia turut bermakna, tiada tumbuhan dapat hidup dan Amerika akan 'mati' selama lima tahun.

Dia bagaimanapun tidak dapat menyatakan bila ia akan berlaku tetapi mungkin akan terjadi dalam masa 200 tahun akan datang.

Gunung berapi ini terletak di Taman Negara Yellowstone di Wyoming, AS. -MirrorUK/ApexTV

Artikel Lain