suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribuan Peminat Beratur Beri Penghormatan Akhir Kepada Sridevi

MUMBAI: Ribuan peminat yang masih bersedih membarisi jalan raya bagi memberi penghormatan terakhir kepada pelakon legenda Bollywood Sridevi  berikutan kematian mengejutnya pada Sabtu lalu.

Pelakon popular wanita India itu meninggal dunia pada usia 54 tahun selepas terjatuh di bilik mandi di sebuah hotel di Dubai pada usia 54 tahun.


Peminat-peminat setianya yang hadir turut membawa bunga ros, ada juga yang membawa poster gambar pelakon terkonal itu.

Turut hadir, Perdana Menteri India, Narendra Modi pengarah terkenal India, Karan Johar di Celebration Sports Club di Andheri West, Mumbai pada Rabu.


Pasukan keselamatan juga berkawal rapi bagi mengawal ribuan orang ramai yang hadir dari pelbagai pelusuk daerah.

Dia berkunjung ke Dubai untuk menghadiri perkahwinan keluarga bersama suaminya yang juga seorang penerbit dan pengarah filem Boney Kapoor dan anak perempuan mereka Khushi.

Laporan terbaharu yang merumuskan kematiannya berpunca daripada lemas dalam tab mandi terus menambah misteri kes berkenaan.

Ketika menghembuskan nafas terakhirnya, suaminya yang juga produser Boney Kapoor dan anak perempuan, Kushi, berada di sisi.

Sridevi pernah membintangi filem dalam pelbagai bahasa termasuk Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada sebelum beralih kepada Hindi.

Sepanjang kerjayanya, Sridevi dicalonkan untuk 10 anugerah Filmfare dan memenangi lima daripadanya, selain diiktiraf kerajaan India menerusi Padma Shri pada 2013.




Sridevi

Artikel Sebelum

Artikel Lain