suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Kahwin Kecoh Bapa Mertua Ghairah Tengok Menantu

SEBUAH majlis perkahwinan bertukar kecoh apabila keluarga kedua-dua belah pihak bergaduh sesama sendiri setelah pengantin perempuan dicium oleh bapa mertuanya.

Dalam kejadian yang berlaku di bandar Yancheng, wilayah Jiangsu, China, wanita itu dicium oleh bapa mertuanya di hadapan ratusan tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Menerusi rakaman video yang tersebar, dia kelihatan malu dan tidak selesa dengan tindakan bapa mertuanya yang bertindak memeluk serta mencium bibirnya dengan penuh ghairah.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan keluarga pengantin perempuan yang berlari ke pentas untuk menyerang lelaki terbabit.

Kekecohan bertambah teruk apabila ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan mula berbalah sesama sendiri.

Malah, dewan perkahwinan itu kecoh dengan suara jeritan dan tangisan.

Video berkenaan tular di laman sosial sehingga pihak keluarga pengantin terpaksa membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar.

"Kami tidak sangka ia akan menjadi seteruk ini. Keluarga pengantin lelaki dan perempuan kini berasa sangat janggal setelah insiden itu berlaku.

"Sebenarnya lelaki itu (bapa mertua) minum terlalu banyak dan mabuk sehingga dia bertindak sedemikian.

"Tolong hentikan penyebaran video, kami tidak mahu jadi popular. Cuba bayangkan kalau perkara ini berlaku pada keluarga anda," ujar wakil keluarga itu. -Mirror

bapa mertua, menantu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain