suria

Elak Dianggap Rasuah, Jokowi Beli Semula Hadiah Album Metalicca

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo membayar sejumlah 5 juta Rupiah (RM1,369) untuk memiliki semula album Metalicca yang diterimanya sebagai hadiah, lapor media tempatan.

Menurut laman Kompas, album edisi terhad Metallica, Master of Puppets itu dihadiahkan kepada Jokowi oleh Perdana Menteri Denmark,Lars Lokke Rasmussen ketika lawatan pada November 2017.

Album Master of Puppets, terjual lebih 10 juta dan dianggap sebagai salah satu album Metalicca yang paling berjaya.

Jokowi melaporkan pemberian tersebut kepada Suruhanjaya Basmi Rasuah (KPK) bagi mengelak sebarang konflik berkaitan rasuah.

Suruhanjaya terbabit kemudian mengatakan hadiah tersebut menjadi milik kerajaan berikutan ia diterima ketika beliau masih berkhidmat.

Pihak KPK memuji tindakan Jokowi kerana melaporkan pemberian tersebut dan berkata ia wajar menjadi contoh kepada pegawai kerajaan yang lain, menurut laporan Detik.

"Ini bukan tentang wang yang dibayar, ia tentang kesedaran rasuah walau dalam perkara kecil," kata seorang jurucakap.

Jokowi, dikenali sebagai peminat tegar kumpulan itu dan kehadiran beliau di konsert rock adalah sesuatu yang biasa bagi presiden yang mesra rakyat itu. - BBC

Jokowi, Metalicca

Artikel Sebelum

Artikel Lain