suria

Kanak-Kanak Nyaris Maut Jarum Mengait Baju Tembusi Leher

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun nyaris maut apabila tercucuk jarum mengait baju ke dalam mulutnya.

Kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan sedang bermain sebatang jarum mengait baju berukuran empat inci.

Namun dia terjatuh menyebabkan jarum itu tercucuk ke lidahnya sehingga menembusi tulang lehernya.


Dia dikejarkan ke Hospital Guizhou, Guiyang selepas hospital lain tidak dapat membantunya.

Menurut doktor, nyawa kanak-kanak itu berada dalam bahaya kerana jarum itu menembusi tulang yang menyambung ke tengkoraknya.

Selepas menjalani pembedahan empat jam, pihak hospital berjaya mengeluarkan jarum tersebut dan kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil.

Kanak-Kanak, Jarum

Artikel Lain