suria

Kilang Bayi: Jutawan Jepun Dapat Hak Jaga 13 Anak Hasil Kaedah Ibu Tumpang

MAHKAMAH Keluarga dan Juvana Thailand membenarkan lelaki warga Jepun untuk membawa pulang 13 kanak-kanak yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang, selain menyerahkan hak penjagaan tunggal kepadanya.

Mahkamah memerintahkan Mitsutoki Shigeta adalah bapa kepada kanak-kanak berkenaan dan membenarkan lelaki berusia 28 tahun itu membesarkan mereka, selain menolak terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Penghakiman kes itu memberitahu, lelaki itu telah mengupah sembilan wanita Thai untuk menjadi ibu tumpang kepada kanak-kanak itu pada 2013, sebelum mereka anak-anaknya dilahirkan setahun kemudian di mana ketika itu undang-undang penggunaan teknologi untuk melahirkan bayi berkuatkuasa 30 Julai 2015, sekali gus membolehkan lelaki itu mendapatkan hak sebagai ibu bapa 13 kanak-kanak itu.

Mengikut perundangan baharu itu, ibu tumpang perlu melibatkan ahli keluarga kepada ibu bapa bayi terlibat.

Ujian DNA mengesahkan Shigeta adalah bapa kandung kanak-kanak itu dan mahkamah mendapati dia telah menjaga mereka dengan baik sebelum pihak Kementerian Sosial dan Keselamatan Masyarakat mengambil mereka untuk ditempatkan di pusat perlindungan di Nonthaburi dan wilayah Chiang Mai.

Shigeta telah menghantar wakilnya untuk melawat kanak-kanak itu, selain merancang pendidikan dan pengasuh mereka di kediamannya di Tokyo.

Lelaki itu juga telah mewujudkan akaun amanah untuk anak-anaknya di Singapura dan telah membesarkan anak-anak yang dilahirkan menerusi kaedah sama di Jepun dan Kemboja. Beliau dalam proses untuk memohon kerakyatan Jepun kepada semua kanak-kanak terlibat.

Waris pengasas syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Jepun Jepun itu didapati layak untuk melaksanakan tanggungjawabnya walaupun tidak berkahwin.

Kes kilang bayi menjadi tajuk utama media pada Ogos 2014 apabila sembilan bayi ditemui dalam sebuah kondominium di Bangkok bersama tujuh pengasuh dan seorang wanita Thai yang sedang mengandung. Wanita itu kemudiannya melahirkan bayi perempuan pra matang.

Pada bulan sama, Shigeta telah pulang ke Jepun tetapi telah melawat Thailand sebanyak 65 kali antara 2012 hingga 2014.- TheBangkokPost



Shigeta, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain