suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spa Terbakar, Pelanggan Bogel Selamatkan Diri

Seorang mangsa berbogel sewaktu diselamatkan oleh pasukan bomba. Foto AsiaWire

SEORANG wanita di sebuah spa di China terpaksa berbogel bagi menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran di premis itu.

Beberapa pelanggan juga terpaksa menyelamatkan diri tanpa berpakaian.

Pasukan bomba menggunakan tangga bagi membawa mangsa turun dengan selamat, menerusi tingkap di tingkat satu premis.

Sementara yang lain sempat menyelamatkan diri melalui pintu hadapan.

Kebanyakan pelanggan terpaksa berbogel kerana tidak sempat untuk mendapatkan pakaian dan barang peribadi mereka. 

Pihak bomba wilayah Yi di China berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan dalam tempoh sejam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran. - MirrorUK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sup Ramen Biru Laut Jadi Kegilaan!

Artikel Lain