suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhbar New York Perli Donald Trump?

AKHBAR The New York Daily News menyindir presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerusi muka depan akhbar itu kerana bermain golf dekat Mar-a-Lago, sementara pengebumian mangsa tembakan beramai-ramai di sekolah tinggi Florida diadakan tidak jauh dari lokasi tersebut.

"Bolehkah saya bermain? (May I play thru?)," tulis tajuk akhbar negeri asal kelahiran Trump.

Muka depan tersebut menggunakan Trump menunjukkan ibu jari bersebelahan gambar beberapa orang sedang mengusung keranda salah seorang mangsa insiden itu.

Trump berkunjung ke padang peribadi di Pantai West Palm pada Isnin, namun pegawai di Rumah Putih tidak menyatakan sama ada beliau keluar bermain golf.

Seorang kakitangan yang ingin menjaga air muka Trump memberitahu, beliau tidak bermain golf pada hujung minggu lalu.

Seramai 17 orang terbunuh oleh seorang suspek di Sekolah Tinggi Stoneman Douglas di Parkland pada Jumaat.

Sebahagian daripada majlis pengebumian diadakan pada cuti hujung minggu dan Isnin.

Trump dilaporkan sudah melawat mangsa yang cedera dan responden pertama daripada insiden tembakan itu.

Beliau kemudiannya kembali ke Rumah Putih pada Isnin malam selepas cuti Hari Presiden. - The Hill

Donald Trump

Artikel Lain