suria

Jepun Bakal Bina Pencakar Langit Tertinggi Dunia Diperbuat Daripada Kayu

Ilustrasi Menara W350 yang dijangka siap pada 2041. - Sumimoto Forestry

SEBUAH syarikat jepun merancang untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi dunia yang diperbuat daripada kayu untuk meraikan ulang tahun ke-350 syarikat itu yang jatuh pada tahun 2041.

Sumitomo Forestry berkata, 10 peratus daripada 70 tingkat bangunan yang dinamakan sebagai Menara W350 adalah besi, manakala 180,000 meter kubik pula adalah kayu.

Terdapat 8,000 rumah, pokok dan bunga di balkoni setiap tingkat menara itu.

Sebuah 'braced tube structure' dan cerucuk besi pepenjuru yang mengawal gegaran di bahagian tengah kolum kayu dan besi setinggi 350 meter didakwa akan melindungi menara itu daripada gempa bumi yang biasa melanda Tokyo.

Projek itu dijangka bernilai 600 bilion Yen (RM21.8 bilion) iaitu dua kali ganda kos bangunan pencakar langit sama saiz yang dibina menggunakan kaeda konvensional.

Bagaimanapun, Sumitomo berkata nilai sebenar menara itu akan berkurangan seiring dengan perkembangan teknologi menjelang tarikh bangunan itu siap pada 2041.

Bangunan yang menggunakan kayu bukanlah perkara baharu di Jepun kerana negara matahari terbit itu telah memperkenalkan undang-undang pada 2010 yang meminta syarikat pembinaan agar menggunakan kayu dalam pembinaan bangunan awam yang kurang daripada tiga tingkat.

Ia juga bukanlah konsep pembinaan yang baharu diperkenalkan di dunia.

Antara bangunan pencakar langit yang dibina menggunakan kayu adalah bangunan setinggi 18 tingkat di Minneapolis dan kediaman pelajar setinggi 53 meter di Vancouver yang kini memegang rekod bangunan kayu tertinggi dunia. - BBC

pencakar langit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain