suria

Enggan Dedah Akaun Instagram, Model Dituduh Rasis

Anastasiya Zayika. Foto Instagram ana.staciya

SEORANG model didakwa rasis kerana tidak mahu berkongsi nama akaun Instagramnya kepada orang kulit hitam.

Anastasiya Zayika didakwa berkata demikian kepada jurugambar kulit hitam, Abdiwali Samatar dan David Nyanzi di jalanan semasa Minggu Fesyen London.

Ketika ditanya mengenai butiran akaun Instagram, model tersebut menolak dan didakwa memberitahu: "Saya tidak mahu beri Instagram saya kepada orang kulit hitam."

Pada Isnin, jurugambar Samatar berkongsi gambar Zayika yang diambilnya, dan dimuat naik di akaun Instagramnya.

Menerusi keterangan gambar berkenaan, Samatar mendakwa Zayika rasis kerana enggan berkongsi butiran akaun Instagramnnya.

Seorang lagi jurugambar, Nyanzi turut memuat naik gambar Zayika di laman sosial Instagramnya dan mendakwa Zayika sebagai rasis.

Zayika kemudian tampil membuat penafian di Instagramnya pada Selasa.

Beliau memuat naik gambar perkataan "perkauman" yang dipalang bagi menunjukkan dirinya tidak rasis.

Zayika berkata: "Semasa Minggu Fesyen London, seorang jurugambar mengambil gambar saya dan bertanyakan nama akaun Instagram saya.

"Saya kemudian dengan baik memberitahu kepada dia bahawa akaun Instagram saya adalah private 'sulit' dan saya tidak mendedahkannya." 

Tambah Zayika, beliau tidak mempunyai 'tulang' perkauman di dalam badannya dan  saya, dan melibatkan dirinya dalam industri yang menunjukkan begitu banyak kepelbagaian dan budaya.

"Saya terus bekerja dengan semua bakat, dan saya yakin dengan persamaan," ujarnya. - MirrorUK

rasis, model, Anastasiya Zayika

Artikel Lain