suria

Hanya Sebulan, Indonesia Sekat Lebih 70,000 Laman Pornografi, Ekstremis

JAKARTA: Indonesia menyekat lebih 70,000 laman web yang menyiarkan isi kandung negatif termasuk pornografi atau ideologi ekstremis dalam tempoh sebulan penggunaan sistem baharu bagi memastikan internet tidak mengetengahkan bahan berbahaya.

Perkara itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Maklumat, Rudiantara kepada Reuters dalam usaha untuk mengawal intipati dalam talian selepas penyebaran berita palsu dan penentangan terhadap undang-undang Islam anti-pornografi.

Sistem itu dibangunkan Telekomunikasi Indonesia Tbk (Telkom) yang dilancarkan pada Januari lalu menggunakan 44 pelayan bagi mengesan isi kandungan internet dan memberi amaran jika adanya intipati tidak sesuai dimuat naik.

"Kami hanya meletakkan kata kekunci dan kebanyakannya adalah pornografik.

"Selepas 2017, kami telah menyekat lebih 800,000 laman dan lebih 90 peratus adalah pornografik," kata Rudiantara.

Mengikut data kementerian itu, sistem yang dilengkapkan itu melibatkan kos sebanyak $15 juta dan ia telah dapat menyekat 72,407 laman pornografi pada Januari 2018.

Kementerian itu juga berperanan untuk membuang intipatinya daripada landasan media sosial jika menerima aduan publik.

Tahun lalu, Indonesia telah memberi amaran untuk menyekat Facebook Inc's WhatsApp Messenger yang digunakan meluas di negara itu kecuali bahan lucah menerusi imej GIF dibuang. 

Telkom, Rudiantara

Artikel Lain