suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kambing Ceroboh, Makan Bunga Di Taman Orang Kaya Ditahan Polis

DALAM satu kejadian aneh di sebuah wilayah di India, polis Chhattisgarh menahan seekor kambing pada Isnin kerana 'menceroboh' taman seorang birokrat kanan, menurut laporan media.

Laporan yang disiarkan di NDTV itu memaklumkan, kambing tersebut kemudiannya dibenarkan dijamin selepas dihadapkan di mahkamah.

Haiwan itu didakwa di bawah tuduhan yang membawa hukuman penjara selama dua hingga tujuh tahun dan denda.

Aduan terhadap kambing itu dikemukakan oleh majistret daerah kepada pemilik taman Hemant Ratre.

Menurut laporan itu, polis mendakwa bahawa kambing berkenaan adalah pelaku yang melakukan kesalahan sama berulang kali.

"Banglo hakim itu mempunyai pagar besi dan kambing tersebut melompat melangkaui pagar itu dan masuk ke taman.

"Tukang kebun yang bertanggungjawab menjaga taman itu sudah memberi amaran kepada pemilik kambing beberapa kali.

"Jadi, pada Isnin, dia membuat aduan dan kami menangkap kambing serta pemiliknya," kata Asisten Sub Inspektor RP Srivastava.

Kambing terbabit didakwa meragut tumbuhan, bunga dan sayur-sayuran yang terdapat di taman milik Ratre.

kambing

Artikel Lain