suria

Keluarga Tidak Mampu Bayar Bil, Hospital Cabut Mesin Sokongan Hayat

Adrian mengalami serangan jantung sebelum tidak sedarkan diri di Mesir. - Facebook

SEORANG warga Britain meninggal dunia di Mesir selepas kakitangan hospital memadamkan mesin sokongan hayat kerana keluarga mangsa tidak mampu membayat bil sebanyak 7,000 pound (RM38,208).

Adrian King, 39, jatuh sakit ketika berada di sebuah resort Hurghada di Laut Merah bersama seorang rakannya, Nicola Wright.

Pasangan itu dalam pengembaraan sukan lasak All-Terrain Vehicle (ATV)dan menunggang unta ketika Adrian memberitahu dia tidak sihat dan mahu pulang ke rumah.

Dia kemudiannya tidak sedarkan diri dan Nicola memberitahu seorang koroner, Andrew Haigh bahawa dia terpaksa mendapatkan bantuan seorang jurupandu untuk memegang Adrian di atas ATV tersebut ketika mereka pulang ke tapak ekspedisi.

Mengikut perbicaraan di mahkamah, Adrian dirawat di sebuah hospital namun meninggal dunia pada 29 Mei tahun lalu.

Koroner tersebut berkata, pihak hospital gagal memberikan maklum balas terhadap pertanyaan berhubung kematian Adrian yang dihantar menerusi emel.

Nota yang diberikan oleh keluarga menunjukkan hospital mendakwa Adrian mengalami serangan jantung sebelum dia meninggal dunia. - Mirror UK

serangan jantung

Artikel Lain