suria

CCTV Dedah Lelaki Sempat Tonton Cerita Lucah Selepas Merompak

-foto Q13 Fox

SEORANG lelaki yang menceroboh masuk sebuah rumah kedai di Los Angeles untuk merompak sempat berhenti untuk menonton lucah, dedah kamera litar tertutup.

Perompak itu juga mengambil masa untuk merokok dan mengecas telefonnya.

Pemilik kedai, Lisa dan Steve Mirizzi memberitahu KTLA dia amat terkejut dengan kejadian malam Isnin lalu.

Pasangan itu mula menyedari kehadiran lelaki terbabit, yang dikenal pasti sebagai Alan Estrada, 28, berkeliaran di sekitar pangsapuri mereka pada waktu malam sebelum mereka terserempak dengannya.

Lisa menceritakan bagaimana dia turun untuk membancuh teh dan melihat Estrada sedang menonton cerita lucah di komputer.

-foto Q13 Fox

Menjerit sebaik sahaja melihat lelaki itu, anak lelaki dan suaminya segera turun ke bawah dan mengejarnya.

Estrada pada mulanya cuba melarikan diri melalui satu pintu, tetapi ia berkunci. Apabila dia ke pintu lain, anak lelaki Lisa, Giovanni berjaya memegangnya.

Selepas menghalangnya daripada melarikan diri, polis dipanggil ke tempat kejadian dan Estrada ditahan.

Lisa berkata: "Rasa macam mimpi sebab ia seperti, 'betulkah perkara ini berlaku?'.

Perompak itu telah mengambil wang tunai dan kad kredit dari kedai, kata polis.

Dia berjalan di sekitar rumah dan berehat di depan komputer sambil merokok dan menonton porno.

Barang-barang yang dicuri telah dikembalikan.

perompak, cerita lucah

Artikel Lain