Wanita Arab Saudi Boleh Berniaga Tanpa Kebenaran Mahram - Dunia | mStar

Wanita Arab Saudi Boleh Berniaga Tanpa Kebenaran Mahram

RIYADH: Wanita Arab Saudi kini dibenarkan untuk menjalankan perniagaan sendiri tanpa perlu meminta kebenaran suami atau saudara lelaki, selaras usaha kerajaan bagi mengembangkan sektor swasta.

Pengumuman pada Khamis lalu itu juga disifatkan sebagai satu lagi langkah ke arah perubahan berbanding amalan sistem mahram sejak berdekad lalu.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Pelaburan di dalam laman sesawang rasminya, wanita akan mendapat manfaat e-perkhidmatan daripada kerajaan tanpa perlu membuktikan mereka mendapat keizinan penjaga.

Sebelum ini, mengikut sistem mahram Arab Saudi, wanita dikehendaki untuk mengemukakan bukti kebenaran daripada penjaga lelaki, terutamanya suami, bapa atau abang untuk melakukan apa sahaja dokumen kerajaan, perjalanan serta pendaftaran kelas.

Putera Mahkota Mohammed Salman telah memimpin usaha untuk memperluaskan peranan wanita dalam bidang sumber manusia dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Walaupun wanita masih berdepan pelbagai sekatan dalam kerajaan Islam ultra konservatif itu, pejabat pendakwa raya Arab Saudi berkata ia akan mula merekrut penyiasat wanita buat kali pertama.

Selain itu, kerajaan negara itu juga membuka 140 jawatan untuk wanita di lapangan terbang dan lintasan sempadan, yang pertama seumpamanya dan telah memperoleh sehingga 107,000 permohonan.

Arab Saudi , mahram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Tiga lagi positif koronavirus