suria

Raih Kejuaraan Sebagai Lelaki 'Macho', Vince Dedah Rahsia Sebenar

SEPANJANG kerjayanya, Vicotria Smith memendam rahsia yang sangat besar kerana bimbang disisihkan dalam dunia perlumbaan kuda yang dimonopoli golongan lelaki.

Pada waktu itu, dia dikenali sebagai Vince Smith, seorang lelaki yang juga jaguh perlumbaan sebanyak 250 kali.

Malah, dia sering dihimpit gadis-gadis jelita kerana reputasinya sebagai pelumba hebat.

"Saya sangat bertuah dapat keluar dengan wanita-wanita cantik. Saya cemburu dengan rupa mereka.

"Saya suka tengok perempuan bukan sebab saya inginkan mereka, tapi saya nak tengok cara mereka berhias dan bergaya," ujar Victoria.

Dalam pada itu, dia mengakui terkejut dengan sokongan tidak berbelah bahagi kawan-kawannya dalam dunia perlumbaan selepas dia mengubah dirinya menjadi wanita.

Vince kini dikenali sebagai Victoria.

"Semua orang khususnya dalam dunia perlumbaan sangat terkejut.Tapi sokongan mereka terhadap saya begitu kuat. Saya tak menjangkakan semua ini.

"Pada tahun 80-an dan 90-an, dunia perlumbaan sangat maskulin. Saya takut jika mereka tahu mengenai orientasi seksual sebenar saya," ujar Victoria.

Dia tidak pernah berkahwin namun pernah bercinta dengan wanita sebanyak empat kali.Vicotria kini sedang dalam rundingan untuk menyertai perlumbaan amal yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

"Saya berlumba sebagai lelaki selama 17 tahun, jadi saya mahu menamatkan kerjaya saya sebagai pelumba wanita," katanya.

Sepanjang 17 tahun, Vicotria menjuarai 250 perlumbaan dan menjadi jurulatih kepada 82 pemenang sepanjang lima musim selepas persaraannya.

Pada 1 Januari tahun lalu, dia melakukan transformasi sebagai wanita dan menamakan dirinya sebagai Victoria.

Vince, Victoria, Lumba Kuda

Artikel Sebelum

Artikel Lain