suria

Meghan Makin Bimbang, Namun Bernasib Baik Ada Camilla Disisi

MEGHAN Markle dikatakan mulai bimbang dengan kehidupan yang bakal dilaluinya sebagai anggota kerabat diraja Britain, namun bernasib baik apabila dapat ditenangkan isteri Putera Charles iaitu Camilla.

Pelakon berusia 36 tahun itu telah berpindah ke London tahun lalu untuk bersama tunangannya, Putera Harry.

Pasangan yang telah mendapat perhatian ramai setiap kali hadir pada majlis rasmi, terkini ketika melawat Edinburgh.

Bagaimanapun keyakinan yang ditonjolkan Meghan sekadar untuk menutup perasaan gementarnya, demikian laporan Mirror.uk.

Beliau begitu terharu apabila diterima dengan baik menjelang hari bersejarah dalam hidupnya pada Mei nanti.

Bagaimanapun menerusi perbualan dengan Camilla yang juga mengahwini anggota keraba diraja selepas bercerai, perasaan bimbang itu semakin pudar.

Sumber memberitahu Mail On Sunday:"Meghan mungkin tampil dengan penuh yakin ketika lawatan diraja, tetapi sebenarnya dia tetap risau dengan kehidupan baharunya nanti, ia tiada kaitan dengan Harry, tetapi tentang dirinya sendiri.

"Seperti mana yang sering dikatakan Diana, tiada buku garis panduan untuk membantunya menangani masalah ini, jadi Camilla adalah yang terbaik untuk Meghan ketika ini.

"Malahan, Camilla juga sedia membantunya."

Meghan juga dikatakan agak sukar untuk membiasakan dirinya dengan kehidupan di Istana Kensington

Menurut sumber itu lagi:"Istana itu sememangnya tersergam indah, tetapi apabila Meghan bangun setiap hari dia tidak tahu ke mana hendak di tuju.

"Tentu sekali dia tidak boleh berjalan-jalan di High Street, menghadiri kelas senaman atau berjoging di Hyde Park.

"Jadi dia hanya menghabiskan masa dengan yoga atau melawat Kate dan William di Apartment 1A."

Walaupun Kate dan William adalah rakan baik Meghan, namun pasangan itu perlu mengutamakan kedua anak mereka, selain membuat persiapan untuk kelahiran anak ketiga.

Putera Harry dan Meghan dijangka berkahwin pada 19 Mei ini.

Meghan, Camilla

Artikel Lain