suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jual Susu Badan Demi Pembiayaan Bil Hospital Anak

SEORANG ibu muda di China terpaksa menjual susu badan untuk pembayaran bil hospital anaknya.

Sebuah video yang dimuat naik di laman sesawang Miaopai, sepasang suami isteri menjelaskan bahawa mereka perlu mengumpul wang 100,000 (RM878,305) bagi membiayai perubatan salah seorang anaknya anak kembarnya.

Video tersebut mencatat jumlah 2.4 juta kali orang melihatnya dan mempunyai 5,000 komen sejak dikongsi di laman media China, Sina Weibo.

Video tersebut dipercayai dirakam di Taman Kanak-Kanak Shenzhen, bandar utama daerah Guangdong.

Ibu muda itu mengenakan bayaran 10 yuan (RM89) setiap minit untuk khidmat memberi susu kepada bayi lain.

Pasangan itu memberitahu, pihak doktor telah menjelaskan bahawa apabila anak perempuannya sembuh, mereka perlu menyediakan sekurang-kuranganya 100,000 yuan.

Netizen turut meluahkan rasa simpati dan berkongsi "jual susu, selamatkan bayi".

Malah ada juga komen yang kurang senang dengan cara mereka mengumpul wang tersebut."Semua orang faham anda mahukan pertolongan, tetapi bagaimana anda menjaga maruah jika menjual susu itu?".

Jual Susu Badan

Artikel Lain