suria

Penduduk Kampung Gempar Misteri Batu Tersusun Sendiri

-foto WhatsApp

GEMPAR apabila hampir 100 tompokan batu tiba-tiba muncul di sebuah sungai.

Penduduk dikejutkan dengan penemuan puluhan tompok batu di Sungai Cibojong, daerah Cidahu, Jawa Barat, menyebabkan ramai yang mengaitkan kejadian ini dengan fenomena mistik.

Menurut laporan Liputan6.com, puluhan tompokan batu misteri itu disedari penduduk pada Khamis.

Batu tersebut, tersusun rapi secara menegak di dalam dan tepi aliran sungai.

Kejadian ini bukan sahaja mengejutkan penduduk kampung tetapi juga tular di media sosial.

Ramai yang berpandangan manusia tidak mungkin dapat menyusun batu tersebut dengan rapi, tanpa ada seketul pun yang jatuh dari susunan asal.

"Ini boleh mencetuskan syirik. Kalau masyarakat percaya bahawa adanya kekuatan lain, kita khuatir ia menyimpang dari ajaran agama," ujar Ketua Daerah Cidahu, Ading Ismail.

Bimbang ia menimbulkan pelbagai persepsi menyebabkan Ading bersama pihak berkuasa setempat serta tokoh agama, bertindak merobohkan tompokan batu tersebut.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna mereka percaya dengan maklumat mistik itu.

Untuk rekod, tompokan batu seperti ini pernah ditemui di daerah lain dan ia dibuat oleh manusia.

-foto Liputan6.com

Ading berkata satu lagi sebab tompokan itu dimusnahkan kerana bimbang berlaku kemalangan atau perkara tidak diingini disebabkan orang awam datang untuk melihatnya.

"Sekarang ini musim hujan. Kami bimbang paras air Sungai Cibojong tiba-tiba naik hingga ada yang menjadi mangsa," kata Ading.

"Kami belum tahu siapa yang membuatnya," kata Setiausaha Desa Jayabakti, Agus Muzamil.

Maklumat yang dikumpul daripada penduduk setempat masih tidak jelas.

Ada yang mengaitkannya dengan perkara mistik dan ada juga yang mendakwa melihat beberapa individu sedang menyusun batu pada waktu malam.

batu misteri, tompok batu

Artikel Sebelum

Gempar Lelaki Bogel Menari

Artikel Berikut

Artikel Lain