suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar Lelaki Bogel Menari

Seorang lelaki berbogel sambil menari di kawasan perumahan di Manchester, England. Foto Manchester Evening News WS

SEBUAH kawasan perumahan di Manchester, England digemparkan dengan kehadiran seorang lelaki berbogel berjalan sambil menari.

Lelaki tersebut hanya memakai but, cermin mata hitam dan lencana pengenalan diri.

Aksi lelaki itu dikesan seorang wanita yang sedang melalui jalan itu di dalam sebuah kereta.

Wanita itu sempat merakamkan gerak-geri lelaki yang tidak dikenali itu menggunakan telefon bimbitnya pada kira-kira pukul 10 pagi Sabtu lalu waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Menurut laporan Manchester Evening News, lelaki berkenaan dilihat berjalan melalui sebuah pintu pagar dan memasuki laman di sebuah rumah dan membongkokkan badannya.

Kedengaran suara wanita yang membuat rakaman itu dengan berkata: "Saya akan memaklumkan perkara ini kepada polis."

Selain wanita berkenaan, beberapa individu turut menghubungi polis berhubung insiden tersebut.

Seorang jurucakap mengesahkan mereka menerima beberapa panggilan telefon daripada orang awam.

Beliau berkata, pegawainya telah dihantar ke lokasi kejadian tetapi tidak menemui lelaki yang dimaksudkan. - Mirror


bogel

Artikel Lain