suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah Buang 'Hajat', Poster Pelaku Tersebar

Poster seorang lelaki ditampal di beberapa kawasan di Cardiff susulan perbuatan tidak senonoh yang dilakukannya. - Wales Online

POSTER seorang lelaki yang dirakam membuang 'hajat' ditampal di beberapa kawasan di Cardiff, United Kingdom.

Poster itu menunjukkan seorang lelaki mencangkung di Partridge Lane di Roath, Cardiff.

Ia tertera: "Saya mempunyai dua anak kecil. Mereka bermain di sini ketika saya di dalam garaj. Kami semua menunggang basikal di laluan ini.

"Anda seorang yang mementingkan diri, tidak ada fikiran, jijik dan saya harap gambar ini membuatkan anda berasa malu."

Ahli majlis tempatan, Dan De'Ath berkata: "Memang ada dalam sejarah tentang isu berkaitan sikap anti-sosial di sepanjang Partridge Lane dan ahli majlis tempatan telah bekerjasama dengan polis yang semakin ramai diletakkan di kawasan ini bagi menangani golongan ini.

"Kami pasti bekerjasama dengan pihak polis dan penduduk setempat untuk menangani sikap menjijikkan ini dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya."

Terdapat beberapa masalah mengenai sikap anti-sosial berlaku di kawasan tersebut sebelum ini. - Wales Online

sikap anti-sosial

Artikel Berikut

Terbeliak Tengok Beyonce, Jay-Z

Artikel Lain